I Will Miss...
Salam Alayk..
Saya pasti akan rindukan dia. Sangat-sangat. Dia yang hadir tanpa diminta. Tapi pemergiannya pasti akan dirasai. Orangnya berpangkat adik pada saya, tetapi lebih dulu tamat pengajian dari kakaknya. Banyak kenangan bersama. Detik-detik melalui pengalaman berharga bersama-sama. Pejam celik, dia sudah habis pengajian di kampus.
Tahun ini ramai yang akan meninggalkan gelaran mahasiswa. Meninggalkan alam kampus. Bermakna tanggungjawab akan makin bertambah. (dan usia juga makin bertambah). Siapakah pula pengganti kalian? Moga kalian akan baik-baik sahaja di luar sana. Kuatkan langkah di jalan penuh duri..atau diuji dengan karpet merah mungkin?
"Berjuang hingga ke akhir hayat,seperti menuntut ilmu hingga ke liang lahad,tidak akan berhenti selagi nyawa terus di jasad,selesai satu marhalah, beralih marhalah yang lebih berat."
p/s-Hm...macamana ya nak hilangkan mood sedih ni?