Wednesday, May 4, 2011

Salam Alayk..

Sebenarnya dah lama sangat tak baca novel. Tapi beberapa minggu lepas secara tak sengaja diperkenalkan (disuruh baca) dengan novel V.T karya Hilal Asyraf. Tujuan asal ke rumah kak Zaiton sebab nak bincang pasal thesis beliau..kebetulan anak sulung beliau yang belajar di MATRI (lepasan SPM) ada sekali. Sebut je Hilal Asyraf, terus dia cadangkan baca novel V.T nih. Awalnya nak menolak, (sebab saya tak suka sangat novel aksi nih) pastu dia bagitau la novel V.T ni bukan tentang aksi pun..so, saya ambil lah, tapi dalam hati bila la aku nak baca ni...huhu.

Sebelum ni ada la jugak nampak kat kedai-kedai. Dalam hati nak jugak beli dan suruh Muaz baca. Tapi awal-awal lagi Kakngah cakap Muaz mana suka novel-novel macam tu...

Hm, berbalik pada V.T [Volleyball Team], mengisahkan perjuangan pasukan bola tampar MATRI yang pada awalnya hampir dibubarkan kerana tiada kesefahaman, disiplin, dan motivasi antara ahli-ahlinya. Ditambah dengan masalah akademik dan keluarga masing-masing, harapan mereka untuk merebut kembali takhta kejohanan MSSPs seperti sepuluh tahun dahulu kelihatan malap.

Sehinggalah muncul seorang jurulatih yang luarbiasa, mengubah segala-galanya. Namun dalam perjalanan mereka mengejar kejayaan, pelbagai ujian perlu mereka tempuhi. Berkat tarbiah yang ditekankan; sukan sebagai ibadah, akhirnya mereka berjaya.

(Alhamdulillah saya juga berjaya habiskan pembacaan)

Tidak keterlaluan jika saya katakan, karya beliau [Hilal Asyraf] selalu berjaya memotivasikan diri dengan hikmah. Teruskan usaha dakwah melalui penulisan..insyaAllah.

"Rasul menggaris tanah dengan beberapa garisan ,
cita-cita di luar kotak ajal,
sedang garis ujian di sisi manusia,
halangan itu akan sentiasa ada,
untuk melihat siapa yang benar-benar beriman
kepada-Nya."

:: rabiatul adawiyah's :: . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates