Friday, May 6, 2011


....ini.


Terjumpa info berkaitan polident dekat konsumerkini.net. (Dilaporkan Polident yang dijual di Malaysia tiada unsur zink, jadi selamat untuk digunakan. Tapi yang dijual di US dengan jenama Super Poligrip mengandungi unsur zink jadi ditarikbalik sebab boleh membahayakan kesihatan pengguna. )

Bila google tadi, saya jumpa banyak info tentang penjagaan denture. Antaranya:

1. Jangan sesekali membersihkan denture menggunakan ubat gigi. Abrasives yang terdapat dalam ubat gigi biasa boleh menyebabkan garisan mikro pada denture yang membolehkan bakteria membiak, menyebabkan mulut dan nafas berbau. Cara yang terbaik adalah rendamkan menggunakan air yang dimasukkan tablet pencuci khas untuk denture.

2. Memakai denture bukanlah penamat untuk menikmati makanan kegemaran. Mula-mula mungkin, lama-kelamaan akan biasa dengannya. Tapi mulakan dengan makanan yang lembut dahulu seperti telur, ikan, chopped meat, dan cooked vegetables. Ambil sedikit bahagian dan elakkan mengunyah menggunakan gigi hadapan. Pelekat polident membantu menstabilkan kedudukan denture dan mengurangkan rasa longgar ketika mengunyah (better chewing~)

3. Bercakap-Menjadi kebiasaan apabila pemakai denture bermasalah untuk menyebut 'S' dan 'F'. Berlatihlah bercakap menggunakan denture di depan cermin. Boleh cuba bercakap sekuatnya atau membaca majalah. Cuba juga menelan air liur atau biting down sebelum mula bercakap kerana ia akan membantu untuk membaiki kedudukan partial atau denture.

4. Untuk partial, teruskan menjaga gusi dan gigi yang lain dengan sebaiknya~

Semoga membantu.
Dedikasi untuk: ~M~

Nota:-
Denture: Gigi palsu
Partial: Gigi palsu tak penuh
abrasives: bahan dalam ubat gigi yang bersifat menyental

reference: polident.au

:: rabiatul adawiyah's :: . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates